-klik me-

Showing posts with label mekap kl. Show all posts
Showing posts with label mekap kl. Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

Yang terbaru... (untuk awk punya jugek...)

Assalamualaikum semua... kali ni nak share beberapa brg yg aku beli utk kegunaan mekap org ni...

Ini MAC Matchmaster Foundation kod 1.5. kalau sblm ni saya byk guna kryolan stick, tp lepas bljr dlm kelas Epie Temerloh.Rupanya guna foundation ni lbh mudah dan hasil lbh bagus. Tak percaya  cubalah dulu...


Ini pulak MAC brow gel atau maskara kening. Code dia Beguile. Warna dia natural coklat gelap. Kalau sblm ni saya selalu guna Girl Boy yg kaler dia agak perang skt. 



Yang ni MAC Mineralize Skinfinish Dark. Boleh digunakan utk shading kat pipi, hidung dan rahang. Sebelum ni aku buat shading guna kryolan stick. Banyak la keje skt. tp bila dah tau guna ni lagi senang keje... Shading pun nampak natural antara nampak dan tak nampak...



Ini lipstick terbaru yg saya try dr MAC. Kaler dia pink muda dan sesuai utk kebanyakkan pengantin atau utk mekap tunang. Nak lagi cantik boleh lapiskan dgn lip gloss. Bila dh pakai ermmmm geram tgk bibir tu. Pic bwh ni cth yg pakai Pink Neouveou ni... cantik kan...



Cth pengantin guna Pink Neouveou MAC



Kaler putih ni pulak Jumbo Eye Pencil NYX. Code Milk. Kaler putih di mmg melekat n tahan lama. kalau pakai sbg celak bawah mata boleh beri efek mata besar...



Gam bulu mata dr SASA. Murah jek RM10.90. sebelum ni guna gam DUO tp ada gak problem gam agak cair pastu cepat terbukak kalau gam tak betul. Tapi yg ni, sekali gam smp ke sudah tak tanggal...


Yang ni span foundation. Utk jenis liquid foundation. Sapuan lebih rata dan mudah...

Sunday, November 18, 2012

Studio Fendy Ismail

Assalamualaikum..
Entry kali ni saya nak share bagi mereka yg tinggal di pinggir KL, utk menikmati suasana bermekap yg tenang, dan nyaman serta view lereng bukit. Bolehlah hubungi saya ye...





Persandingan Shafinaz, Bkt Larang, Melaka

Assalamualaikum...
Hari ni saya share mekap siang td 18/11/2012, Shafinaz dr Kg Bkt Larang, Melaka.



Sunday, October 21, 2012

Solekan Siang. Naquiyah, Cheras,KL

Assalamualaikum, post hari ni, (21/10/2012) saya nak share solekan siang utk Naquiyah dari Cheras. Beliau menggunakan khidmat mekap ini menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya.




Friday, October 19, 2012

Annisue Stemcell Collagen Essence Mampu menjadikan solekan tahan lebih lama....

Assalamualaikum...
Salam Jumaat yg penuh berkah semua...
Kali ni saya nak share tips utk solekan tahan lebih lama terutama untuk pengantin, pertunangan dan dinner...
Pernah dgr tak teknologi stemcell dari produk jenama Annisue? 
Stemcell Collagen Annisue adalah berasaskan tumbuhan laut, dihasilkan dlm bentuk ampoule untuk renew kulit muka dan merangsang kolagen yang dapat membantu menegangkan kulit serta kaya dengan mineral menjadikan kulit lebih lembut dan memberikan efek botox.
Ia juga terbukti mampu melewatkan proses penuaan, mencerahkan kulit dan memberikan kelembapan secukupnya
Bagaimana ia membantu:
  • memberi kelembapan maksimum
  • menganjal,menghaluskan kulit
  • menyerikan wajah kusam
  • mengawal keseimbangan pH pada kulit
  • meremajakan kulit wajah
  • menjadikan wajah lebih licin








Thursday, October 18, 2012

Sedutan Video Perkahwinan Dr Nurazieha Mohd Ali dan Ridhwan Datuk Seri Mohd Ali

Assalamualaikum, kali ni saya share link video perkahwinan kedua2 mempelai ni. Jangan lupa ye saksikan  Nona, 21/110/12 di TV3...

Solekan : Fendy Ismail
Busana Nikaah, Bersanding : Isha Ismail Couture
Busana Bertandang : Lumiere Concepts






Saturday, October 13, 2012

Mekap Untuk Elizabeth, Bkt Antarabangsa - 12/10/12

Hi, entry ini untuk share trial makeup. Eliz seorg gadis Iban dan akan melangsungkan perkahwinan dengan pemuda India pada Disember depan. Alhamdulliah, beliau suka dengan hasil selepas di solek.

 
sebelum



 
selepas
( nude lipstick)
 
 
( red lipstick )